Friday, October 2, 2015

Bawak Zaheen Ke Kidzooona Aeon Kulaijaya

Assalamualaikum...

Sambungan kisah cuti Raya Haji
Sabtu lepas 26hb tu takde apa nak buat. Lepas bekpes, kemas-kemas & basuh baju semua. Husband ajak g JPO. Boleh tengok-tengok handbeg. Kan masa g Langkawi handbeg aku putus. Lepas 2 tahun guna, handbeg masa hantaran kawen yang lalu. 

Siap-siap semua terus g JPO. Umah mak mertua ke JPO tak jauh mana pun. So masa g tengok butik-butik yang ada tu, ada tu harga boleh beli tapi design tak kenan, pastu tengok butik Coach ada sale 50% + 30% tapi nak masuk kena la beratur. So gigih la nak masuk kunun nak tengok bape agaknyer bila sale kan. Aku antara peminat handbeg Coach. Maybe sebab aku suka design. Tapi aku tak penah la beli from butik lagi. Hahahhaa. Sebab faktor harga nak pengsan tu. Aku ni kalau beli handbeg budget aku RM200 below jer. Yang tahan nak pakai lama sket. Lama jugak tak beli handbeg pakai sampai lebam. Berbaloi la harga camtu bagi aku. Huhuhu. Bukan apa, sayang wooo duit nak beli lebih dari itu. Nangis kot. Hahhahaha. Banyak lagi keperluan yang perlu kan. 

Masa masuk tu tengok ada clerance, aku ngatkan sale tu harga mampu milik aku. Malangnyer mampu tengok. Sale pun tapi harga RM600-RM700. Harga asal 2k+++++. Fuhhhh... Panassss. Design memang aku kenan sangat. Tak besar & tak kecik sangat. Just nice, color pun cun beb. So berlalu pergi lah. Hahhahaha. That why aku beli imitation jer. Sebab sayang duit. Hahahaha. 






Selfie dengan husband sebelum gerak g Aeon. Jarang bergambar dengan die. 

Pastu sudahnyer ajak Hubby g Aeon Kulaijaya jer. Cari kat Aeon jer. Heheheh. Survey dulu bahagian handbeg kebetulan ada sale jugak. 50%-70%. Haaaa apa lagi tengok la mana yang berkenan. Sejak jadi mak-mak ni handbeg kena besar sket. Bukan apa, boleh la nak sumbat pampers & botol susu yer dak. Hehhehe. Tengok punya tengok ada 2,3 jenis yang aku kenan, Sembonia, Polo House & Carlo Rino. Sebab semua sale, harga pun boleh beli, suh husband pilihkan. Heheheh. Sebab ikut aku rasa nak amik semua. Husband pilih yang jenis casual smart. Boleh guna g office & g jalan-jalan. 2 in 1. Okey aku pun kenan. Setel.

Lepas tu lapar la kan, g makan dulu. Sambung jalan nak tengok tempat permainan kanak-kanak Kidzooona, sebab aritu adik ipar & kawan ofis ada bawak anak-anak diorang main kat Aeon. Aku pun sibuk la nak nengok. So baca dulu rate price semua. Bila tengok baby bawah 1 tahun, FREE. So boleh sangat la kan. Zaheen pun dah nak setahun, so amik peluang sementara FREE lagi. Kena tunjuk Mykid tau. 








Seronok la Zaheen bila aku lepaskan die kat situ. Kawasan lapang kan. Sebelum tu kan die dok dalam stroller. Sebelum g kat Taman Permainan tu, dapat la die merangkak laju kat lorong ke toilet. Aku dukung die mintak lepaskan diri. Jenuh aku nak kejar. hehehehe. 

Tempat tu ada section, untuk yang besar sket, boleh la main gelongsor kan. Dalam 2 jam jugak lepak situ. Zaheen ada la bangun menapak. Ke sana ke mari. So kitaorang monitor jer die. Bagi die happy. Lepas tu keluar dah sebab nak g solat, bagi die susu, terus lena. 


Bila die tido aku suka tengok muka die. Sayang anak Mama tu. 

Lagi beberapa hari Zaheen nak cukup setahun. Allah. Sekejap masa berlalu. Dari saat die dilahirkan tengok dah nak setahun. Macam tak percaya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih husband, terima mak abah & terima kasih semua. 

End dulu.... 

1 comment:

ziana eunos said...

singgah & follow

http://zianaeunos.blogspot.my

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed