Monday, October 19, 2015

Majlis Aqiqah Zaheen

Assalamualaikum....

Tadi baca blog Puan Eka, die nak buat Majlis Aqiqah Adra. Pastu aku pun sibuk godek entry aku. Oooh aku tak masukkan entry pasal Majlis Aqiqah Zaheen. Alaa bukan apa, just for my kenangan. Tu nak masuk kat blog. Yalah aku kan bersalin bulan Oct, cuti pantang 3 bulan. So entry Oct - Dec 2014 memang takde la. Tengah haruk kat umah. Hahahaha. Masa dah lepas 2 bulan, ada la jugak nak buka blog tapi non ado.... Hehehe.

Oh ya, Majlis Aqiqah Zaheen aku dah buat masa dalam cuti pantang lagi. 29 November 2014. Buat sekali dengan adik boy aku no 2 tu. Sebab Zaheen lelaki, so kambing 2 ekor. Adik aku pun anak lelaki so 2 ekor kambing jugak. Total 4 ekor kambing.

Tengok tarikh yang dua-dua free. So kitaorang date 29 November tu. Lepas dah decide tarikh, bermulalah pencarian kambing. Kebetulan kat kampung ada orang bela kambing, so aku decide beli kat die. Pastu die masakkan kari. Add on RM100 jer lagi. So tak payah pening-pening kan. Adik aku nak buat kambing golek. So cari kat area pekan, roger sana sini. Bukan apa, kat kampung aku tak pernah buat lagi kambing golek, die pun taknak amik risiko kan. Tapi jumpa jugak la, kambing golek mahal sket la. 

Opsss.. aku rasa dah lupa sket. Maklum la tu citer November 2014. Sekarang dah October 2015. Isk isk. Punyalah lama. Hahahaha. Menu lain yang aku ingat, adik aku ada buat roti nan, ada buat pecal. Lain tak ngat. Pic pun mana-mana ntah. Hahhaha. 

Zaheen pun masa tu dalam 1 bulan lebih. Kecik jer lagi. heheheh. Aku ada belikan die jubah.
Masa ni Ali dalam 5 bulan tak silap aku. Kambing golek habis dulu, maklum la jarang-jarang jamu orang kambing golek. Aku ada jemput kawan poli aku. 















Geng sebaya. Bulan lain-lain. hehehhe. 






Okeylah, itu jer lah nak story. Sebab kelupaan melanda. Hahhaha. Ni kira entry #throwback 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed