Monday, October 19, 2015

Main sambil belajar untuk baby

Assalamualaikum.

Arini dah 18Oct. Kejap jer kan masa berjalan sekarang. Last week hubby aku tak balik sebab ada kerja.
Minggu ni hubby ada workshop kat PD & kelas menembak kat Sg Udang Melaka. Habis jer kelas hubby terus datang KL. So petang tu sempat la kitaorang dating. Hubby dapat tiket wayang free top gun from tgv. Kitaorang g tengok kat Sunway Putra Mall yang baru open tu. Tengok citer apa, Polis Evo la. Maklum dengar banyak giler kan kutipan. Lepas tengok puas hati la. Good job pengarah Ghaz.

Jumaat after keje macam biasa baru gerak balik Melaka. Happy sebab Zaheen sambut kat muka pintu. Alhamdulillah dah makin tegap die berjalan. Nampak ayah die punyalah happy. Yalah 2 minggu tak jumpa kan.

Esoknya, sabtu Hubby cakap nak kuar cari barang mainan Zaheen. Cari bola. Mula-mula g family store cari barang mandian & susu serta keperluan umah. Lepas tu cari tiket bus hubby.

Hubby google ajak g Cheng sebab ada kedai toys, sekali dah tutup kedai tu. Pastu nampak Cowboy, hubby singgah jap masa tu Zaheen tido. Die dapat beli bola besar. Pastu google lagi sampai lah kitaorang jumpa kedai Yippee Toys kat area Taman Merdeka.

Sebelum masuk nampak la ada browser event tapi last 16 Oct. Pastu tengok die ada buat kelas untuk baby sampailah budak umur 12 tahun. Bila masuk memang la banyak toys. Sembang dengan owner die yang sangat peramah. Menarik. Nanti nak hantar Zaheen for trial class.

Reaksi Zaheen masa masuk kedai tu die berdiri statik. After 5 minit baru die gerak & explore all the things yang ada kat kedai tu.

Pastu hubby minta suggest apa toys yang bagus untuk baby umur 1 tahun. So ada la 2,3 barang yang kitaorang beli. Toys tu boleh main untuk jangka masa panjang & bole sekali untuk adik Zaheen nanti. Hehehe.

Oh ya tu jer dulu update kali ni. Update guna mobile ni terbatas jugak. Nanti aku sambung story lagi.





No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed