Wednesday, September 19, 2012

Doaku buat....



"Ya ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, jangan biarkan aku merindukan kehadirannya. 
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelosok mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-MU yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.
Tetapi jika ENGKAU ciptakan dia untukku, Ya ALLAH.  Satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya.  Berikan aku kesabaran , ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah ENGKAU ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku rela berkongsi suka dan dukaku bersamanya. Ya ALLAH yang MAHA Pengasih, dengarkanlah doaku ini. 
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-MU.
ALLAH yang Maha Kekal aku tahu ENGKAU sentiasa memberikan yang terbaik buatku."

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed