Monday, November 18, 2013

Mari Kita Sama2 Solat Dhuha

Assalamualaikum

Orang kata "sharing is caring" kan. Just nak share perkara yang baik2 jer ngan korang. Buat ingatan diri sendiri serta orang2 & sahabat yang disayangi semua.

Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang sangat2 digalakkan untuk kita amalkan yer.
Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan samada 2 rakaat, 4 rakaat sehinggalah 12 rakaat.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat :
2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
** "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
** Baca surah Al-fatihah hingga akhir
** Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


 


2. Rakaat Kedua
** Baca Surah Al-fatihah
** Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Ad-dhuha)
** Tahiyyat akhir & Beri Salam..


3. Doa
** Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
** Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
** Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
** Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha



Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Mari sama2 kita buat.

Sekian, waallahualam.

_RZ25_
 

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...