Friday, September 18, 2015

Buat Jamu Homemade

Assalamualaikum...

Aku #copypaste dari facebook buat rujukan untuk masa mendatang kaedahnyer. Hihihi. Maklum la kadang aku ni cepat lupa. 

#resipi 1 : Minuman Wedang Jahe 

Resipi ini saya perolehi daripada seorang rakan di Indonesia. 
Khasiat minuman wedang jahe ini adalah untuk mencegah perut buncit, buang angin dalam badan, resdung, darah tinggi, masalah berat badan, buang kotoran dalam badan dan mencegah penggumpalan darah. Selain daripada itu, badan juga akan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan.



Bahan2 untuk membuat minuman wedang jahe. 10 batang serai di ketuk, gula melaka dan garam secukup rasa, dan halia di bakar terlebih dahulu. 




Halia yang dibakar tadi, dibersihkan.


Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan kira2 4 gelas air hingga masak.


Minuman wedang jahe yang hangat enak diminum sambil ber facebook smile emoticon like emoticon



#resipi 2 : This is my special homemade jamu yg diamalkan.

Petua untuk kempiskan berut buncit yg berangin.
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut2
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.

Semua bahan2 diatas.
Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm petisejuk letak satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi.dan 2 biji malam. Berterusan diamalkan..perut akan kempis.
* tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..sy standby kan roti atau apa2 kuih utk alas perut. Minum dgn air suam.
*badan akan ringan dan angin akan keluar mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.





#resipi 3 : Untuk keintiman wanita

Hari ini sy kongsikan lagi satu rahsia utk penjagaan dalaman wanita. Harus mau wangi2 ya. Wangi peluh dan juga dalaman "keintiman "wanita. Sesekali..sila lah amalkan resepi ini :
1. Sebatang serai
2. Sedikit halia muda
3. 3cm kunyit tidak perlu byk2.
4. Daun pandan wangi sehelai.
5. Gula batu.
Ambik 3 gelas air rebus sampai jd segelas rebusan. 

Setelah sejuk minumlah. Amalkan selepas datang haid.
Ini adalah utk mewangikan segalanya. Segarkan badan dan sihat juga suburkan rahim seorg wanita. Resepi ini Kena buat sebagai amalan . Dan bagus untuk hilangkan lemak2 .
* paling disyorkan selepas haid.



4 comments:

Mahamahu said...

Orang berpengalaman ni pandai buat jamu...
Singgah dari blogwalking emas putih....

Kira Sakura said...

wahhhh best ni. buat sendiri jimat. yang penting kebersihan terjamin kan

tutu said...

Menyusu boleh ke sis? Anak baru 5bln

tutu said...

Menyusu boleh ke sis? Anak baru 5bln

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...