Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan ^____^

















Bulan puasa merupakan peluang terbaik untuk mengembalikan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan. 
Melalui puasa anda belajar mengurus tabiat pemakanan,  mengawal nafsu makan dan lebih berdisiplin. Bulan puasa ibarat waktu rehat untuk sistem penghadaman tubuh, yang mana keadaan ini sebenarnya membantu menyingkirkan toksin dari badan.

Perubahan tubuh ketika berpuasa
 Pada keadaan normal, gula yang disimpan pada hati dan otot adalah sumber tenaga utama tubuh. Kita bergantung kepada simpanan gula ini untuk melakukan aktiviti harian.
 Semasa berpuasa, simpanan gula ini akan digunakan sebagai tenaga terlebih dahulu. Kemudian, apabila simpanan gula ini habis, lemak pula dijadikan sebagai sumber tenaga.
 Hanya jika seseorang berpuasa tanpa henti (tidak berbuka puasa/ makan/minum), tubuh akan menggunakan protin dari otot sebagai sumber tenaga. Jika berlaku, keadaan ini kita sebut sebagai kebuluran dan ia jelas mendatangkan keburukan.
 Berpuasa di bulan ramadhan bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari memberi peluang untuk kita menggantikan tenaga apabila berbuka mahupun ketika bersahur.
 Disyaratkan umat islam berbuka dan bersahur bagi mengelakkan tubuh memecahkan protin / otot sebagai
tenaga.
 Apabila lemak dibakar dan digunakan sebagai sumber tenaga, keadaan ini bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah juga tahap kolesterol.
 Dengan penurunan berat badan, bacaan gula pesakit kencing manis akan lebih terkawal dan tekanan darah juga lebih stabil.
 Proses detoks juga berlaku dimana toksin yang tersimpan di dalam sel lemak dibakar dan disingkirkan dari badan.
 Selepas beberapa hari berpuasa hormone endorphin akan meningkat di dalam tubuh badan, dimana hormone ini dikaitkan dengan peningkatan kepekaan .
 Jika seseorang itu berpuasa dengan maksud sebenar banyak manfaat kesihatan yang akan diperoleh.

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERPUASA


Berpuasa secara amnya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Walaubagaimanpun,  jika pemakanan tidak dijaga dengan teratur, berpuasa boleh menyebabkan gangguankesihatan terutama kepada individu yang mempunyai penyakit seperti gastrik, pedih ulu hati, kencing manis, jantung dan lain-lain.


TIPS KETIKA BERSAHUR


 Bersahur dengan makanan yang tinggi serat seperti oatmeal, nasi perang, sayur , buah-buahan dll.
 Ambil karbohidrat kompleks kerana ia lambat dihadam seperti beras perang, roti gandum, pasta, oats atau kekacang seperti dhal, barli.
 Ambil hidangan protin berasaskan ikan, soya ( tempe, tahu) atau kekacang ( dhal) kerana ia lambat dihadam.
 Minum air masak secukupnya terutama ketika sahur.
 Elakkan makanan masin seperti telur masin dan minuman berkafein seperti kopi, teh semasa bersahur. Kafein dan garam menggangu keseimbangan air dalam badan.
 Bersahur sangat dituntut di dalam agama. Pesakit yang dibenarkan berpuasa disaran untuk memastikan menu sahur adalah lengkap dan seimbang untuk memastikan kesihatan tidak terganggu


TIPS KETIKA BERBUKA

 Mulakan dengan makanan berkabohidrat ringkas seperti buah.
 Karbohidrat ringkas mengembalikan tenaga dengan kadar segera.
 Elakkan makanan yang terlalu berminyak , bergoreng, bersantan.
 Makan dalam kuantiti sederhana dan tidak terlalu mengenyangkan.
 Contoh menu ketika berbuka mengikut sunnah ialah kurma dan air/susu
 Kedua- dua hidangan ini adalah daripada kumpulan karbohidrat ringkas (gula) dan protin. Ia juga mengandungi serat , vitamin serta mineral.
 Berbuka dengan buah-buahan juga digalakkan
 Ketika iftar, hidangan mestilah kecil dan ringan agar badan tidak terasa letih untuk beribadah


MAKAN MALAM

 Menu makan malam boleh diambil seusai solat magrib.
 Hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.
 Saiz hidangan yang besar akan menyebabkan kenaikan gula darah naik mendadak setelah seharian berpuasa.
 Pemilihan jenis makanan juga penting, namun godaan pelbagai hidangan dan masakan di bazaar Ramadan sangat mencabar.
 Oleh itu fokuslah pada kuantiti. Anda masih boleh menikmati hidangan enak tetapi harus tahu hadnya.

1 comment:

alif haris said...

selamat berpuasa :)

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed