Monday, November 18, 2013

Gaya Hidup Sihat. Syukur

Assalamualaikum....

Hai semua. waaah tajuk bukan main kan.. hehehe. apa gaya hidup sihat? hahahha. aku bukanlah pakar kesihatan atau juga doctor jauh sekali. doctor untuk diri sendiri. rata-rata kite tengok ramai yang mengalami masalah kesihatan. termasuk aku sendiri. sebenarnya ini kisah aku. bukan kisah orang lain pun. no heart feeling yer.

as manusia yang diamanahkan oleh Allah untuk menjadi hamba yang taat. kita juga haruslah juga menjaga segala nikmat yang diberikan kepada kita. terutamanya diri kita sendiri. kesihatan kita & segalanya pasal kita. ewaahhhh... bak kata kata orang yang bijak pandai "sayangi diri kita sendiri baru nak sayang orang lain" hehehehe. amik ayat aku agak terabur.

kite ni kadang2 lebih sayang orang dulu, sampai lupa pada diri sendiri. Alhamdulillah bersyukur dengan segalanya yang ada. family & kawan2 semua. jika diimbas kisah yang lalu, kadang2 apa yang terjadi dulu sangat2 mematang kita sekarang. Alhamdulillah juga aku berjumpa dengan insan2 yang baik2. dikelilingi keluarga, sanak saudara serta kawan2 yang baik. cuma kadang2 kita lah zalim pada diri sendiri.

suatu saat dulu aku rasa sangat down. tapi aku bersyukur kerana berjumpa dengan insan2 yang menolong untuk buat aku bangkit semula. bila berkata pasal sihat. kita bukan sahaja perlu sihat tubuh badan. sihat juga merangkumi semua. fikiran, jiwa yang sihat juga sangat penting. kadang2 dari jiwa yang kurang sihat akan membuatkan tubuh kita jadi sakit. setuju tak? hehehe. yalah bukan apa, kalau kita asyik sedih jer kan, makan tak. apa pun tak! berkurung, nangis. agak2 orang tengok kite ceria ker pucat. hehehe. bak kata Prof. Muhaya jiwa dalaman mencerminkan luaran kita. kalau kita happy di dalam in shaa Allah akan terpancar keceriaan juga keserian di wajah. ewaaahhhh... tak perlu make up bagai. its natural. natural beauty. hihihihi.

aku sekarang bukanlah aku yang dulu. kikiki. bukan apa, aritu drive balik sendirian. lihat keadaan sekeliling. Alhamdulillah bersyukur aku sangat2 sudah punya teman. mungkin lewat sket dari kawan2 yang sebaya. tapi itu semua kuasa Allah. aku berusaha dulu tapi belum masanya. saat dikecewakan. saat sedih. saat down. tapi satu la sebolehnya aku taknak bebankan family terutama mak abah aku dengan kisah sedih aku. biarlah aku tanggung sendiri. bila dah kuat, baru leh nak cakap or cerita.

pesan seseorang suatu saat dulu. yang hulurkan tangan tika aku hamper terjatuh. menjadi pendengar setia & selalu sangat untuk sayang diri sendiri, sayang mak abah, family. jaga diri. hidup secara asas. yang paling penting sangat2 die salu cakap doa untuk diri sendiri, family & orang2 yang kita jumpa. jika dalam perjalanan kita Nampak mereka dalam kesusahan, kalau mampu kite hulurkan pertolongan. kalau tidak, kita doakan jer untuk mereka. lagi satu untuk lembutkan hati kita, selalu lah kite g hospital, bukan apa, supaya kite tak sombong dengan nikmat yang telah diberikan. sekurang2nya kita bersyukur kita sihat. kita kena pandang orang di bawah kita, baru kita sedar & tak jadi insan yang sombong. kalau kita pandang orang yang kaya2, takut2 jadi sombong. bukan tak leh nak jadi kaya, tapi mohon untuk jadi kaya agak kita boleh bantu insan2 yang amat memerlukan. bantu sesama Islam.

luangkan masa untuk diri sendiri. happy for urself. buat apa yang disukai. ada diary untuk tulis & leh monitor apa yang kite buat. sebolehnya biarlah arini lebih baik dari semalam. kita insan biasa yang tak punya apa2. kena salu mohon dengan yang maha kuasa, siapa lagi pencipta kita yang satu iaitu ALLAH. lalui & harungi segalanya dengan cara yang positive. in shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya. amin amin amin.

eh eh tetiba macam lain cerita aku dengan tajuk . kikikiki.

okeylah. babaiiiii..

_RZ25_

 

2 comments:

Mimy Hamid said...

suka nya entry ni..muhasabah diri Insha Allah

Jen Jen Areff said...

@Mimy Hamid : sama2 kita kak. In Shaa Allah

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...