Thursday, November 14, 2013

Repost : Hari Bersejarah. Menyalang Kulaijaya

September 2013

Assalamualaikum

Entry repost. Event Majlis Menyalang. semua orang tahu kan apa itu menyalang ker tak? hehehe. aku pun masa mula Wan menyalang bila? haaaaaa... muka tanjat. takde menyalang pun. rupanya menyalang tu majlis bertandang ke rumah lelaki. yalah aritu 24 Ogos kan dah setel majlis nikah + kenduri belah perempuan. so sempena Hari Malaysia 16 Sept majlis belah Ipin lak. 

Oh ya, kalau side aku majlis 3 serangkai sebab sekali ngan 2 adik lelaki aku. belah Ipin lak 2 pasangan pengantin. sekali ngan adik boy Ipin, Amru & Aisyah. Diorang nikah Sabtu 14 Sept tapi takde rezeki kami bersama2 dalam majlis tu. kisahnya Ipin jemput aku kat Melaka then balik Kulai. gerak pagi2 sabtu untuk sampai sebelum majlis akad nikah tengahari tu. dalam perjalanan Melaka to Kulai, start perasan kat RnR Pagoh tengah khusyuk borak2 rasa panas semacam, rupanya temperture kete naik. so apalagi stop terus kat RnR. tunggu PlusRonda sampai. kami dinasihatkan bole meneruskan perjalanan & stop bila temperture naik. maka perjalanan yang amik masa 2 jam jadilah berjam2. gerak dalam kol 8am sampai umah dengan selamat kol 3pm. sabar jer lah. masa tu lak aku baru 1st day peyed. tapi yang boleh buat sabar & senyum. 

esoknyer majlis kenduri belah biras. tema diorang hijau. tapi kami pakai biru. hehehe. ngah kumpul2 nak g kenduri belah perempuan setepek aku kena sound ngan Pak Long Ipin. hehehee. ni gara2 tak ngadap die. maaf. saya ahli baru. peace. 

rombongan sampai dalam keadaan hujan yang sangat2 lebat. so tak dapatlah nak berarak. 
tunggu sampai hujan agak reda then baru leh nak g ke khemah. tapi banyak gak aturcara sebab ada tarian zapin bagai. 



ni sira. die pun sibuk nak jadi perantin. pastu nak snap pic malu2 miaw lak die. hehehe. 


with the perantin. hehehe. 



Selfie. hehehe. ni masa menunggu time nak makan so posing jap meh. 
aku rasa macam ada pic lagi tapi tak tahu la mana. so ni jer la yang ada. 

tadaaaa... esoknyer lagi [hehehe] Hari Malaysia. haaaa sapa nak make up aku ek. maksu ada hal so tak dapat datang awal. sebelum majlis ada outdoor. MIL offer ada kawan die leh make up. En Hubby kata make up sendiri la, die la suka tengok aku make up. erkkk. dengarlah cakap suami. tapi seyes nebes + gigil okeh. oh ya baju kitaorang tu baju sendiri. macam En Hubby tu baju raya dia. hehehe. apa yang penting after this leh pakai baju tu semua. so just cari baju aku untuk look same. jenuh okeh lebih 10 kedai kot cari. hehehe. lastly dapat yang look same 90% & harga berbaloi di First Lady. tempat lain tu harga mahal sangat la. takde size la. macam2 lagi la... alhamdulillah rezeki di First Lady. 

tema color adalah purple. khemah disponsor oleh kawan baik Ipin. thanks. Moga murah rezeki lagi. so tengok lah pic yang ada. 






haaaa yang ni sebelum majlis. sedara mara, family & kawan2 baru sampai so mari posing dulu. pengantin yang simple & sempoi kan. hehehee. yang dukung baby comel tu my kazen, Norani. kazen yang close dengan aku. kawan dari kecik sampai sekolah menengah pun sama. aku junior die di USM. tapi die muda dari aku baya adik aku no 2. tapi sebab die masuk USM dulu. die lah senior kan. hye senior. masa die g taklimat aku lah yang temankan tapi masa tu aku takde niat, minat nak sambung lagi. masa tu 2006. ehh teriingat lak... hehehe... 

yang lagi sorang tu lak kawan USM. sama batch dengan aku. aku panggil kak joi. al-kisahnyer sebelum ni Norani & Kak Joi pernah satu ofis. Masya-Allah keciknyer dunia kan. pusing2 bila jumpa eh eh kenal ker? 







tadaaa. we are big family. hehehe. Ipin dapat 8 orang adik lagi. oh ya kami dua anak sulung. kui kui. ni semua pic dengan adik2 + adik ipar 2 orang + eh si kecik tu Aisyah anak buah sedara. mak aku jaga die. mak die kazen aku la, Norani. hehehe. 




kak joi & her husband. 




2 pic ni hasil dari cameraman. photoshoot. 2 pic jer dulu. aku sangat suka pic kat dalam masjid tu. angel yang cantik. 




ni pic petang hari, sebelum mengemas, tengok Ipin pun dah takde samping. hehehe. dah petang baru rasa penat. kikiki. 

okeylah sampai di sini dulu. karang pagi petang baru siap. hehehe. 

_RZ25_

2 comments:

Liyana said...

sy suka baju awk yg umah laki ni...sweet n simple... :)

Jen Jen Areff said...

@Liyana : thanks awak. cari First Lady jer. huhuhu

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...