Wednesday, September 2, 2015

Our 2nd Anniversary Areef & Zai

Assalamualaikum.... 

Actually 2nd anniversary aku & hubby pada 24 Ogos yang lalu. Alhamdulillah 2 tahun dah kami. Pejam celik pejam celik. 2 tahun dah. Alhamdulillah jodoh yang Allah bagi. So aritu aku tak tahu la nak bagi apa. Di tambah lagi dengan ekonomi makin meruncing. Ewahh.. Yalah kan aritu gaji awal. Pastu lak 24 Ogos tu hari Isnin. Hari keje. 

2 minggu sebelum tu menung-menung. Aku plan nak bagi die bunga. Tapi tengok harga bunga. Mahal jugak. So tak jadi. Pastu fikir-fikir sambil tengok gambaq, haaaa baik bagi coklat. Hubby pun suka chocolate kan. Tambah la sket 3 kuntum bunga. Makna I LOVE YOU. Hahahaha. Pastu tengok kat Blooming, tak jadi sebab mahal sangat. Tengok kat One Love, hampir jadi. Pastu search jumpa Iris Florist kat Kulai. Harga lagi berbaloi dari One Love. Kira on. Memang nak surprise. 

Pagi tu aku bawak Zaheen check up 10 bulan kat Klinik Desa kat kampung. Alhamdulillah berat die naik la sket, sekarang 7.6kg. Tinggi naik 3cm lagi. Tapi BMI die turun sket. Sebab die pun sangat aktif, tak diam. hehehehe. Balik tidokan die, then kemas-kemas terus balik KL. Sebab something to do. Nanti aku citer kat entry lain. 

Masa otw balik KL, florist whatsapp gubahan. Oh ya, warna wrapping, coklat & bunga boleh pilih ikut budget kita. Free delivery. Aku pilih coklat yang memang hubby makan. Kang coklat ntah pape, die tak makan pulak. 


Comel tak? hehehehe

Pastu aku kol jugak ofismate Hubby. Yalah kang dia kuar plak. Tak jadi surprise. Sebab florist otw delivery bunga ke ofis. Lepas hubby dapat bunga, florist inform. So done surprise menjadi. 


Ni pic yang florist tu sent kat aku. TQ kak Zue tolong kerjasama. 


Ni pic dari IG Hubby. 


Okeylah tu citer hari tu. Hehehe. 

1 comment:

Kira Sakura said...

hepy anniversary both of u. semoga terus berbahagia sampai syurga amin..

saya pulak jenis yang tak suka bagi bunga, kalau coklat takpe. boleh makan hiihihi

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...